Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

BERANANG, 10 Dis. – Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad bersama-sama beberapa agensi kerajaan yang lain memberi sokongan menyertai Kayuhan Amal Sekolah Tahfiz Anak Yatim Al-Kitab (STAY Al-Kitab) bertujuan untuk mengutip dana membiayai pengurusan sekolah berkenaan. Kayuhan bermula dari perkarangan sekolah berkenaan sehingga ke pasaraya TESCO Semenyih. Antara agensi terlibat dalam penganjuran program ini adalah Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), dan TESCO Malaysia Sendirian Berhad. Lebih 100 peserta menyertai kayuhan ini dengan jarak kayuhan sejauh lebih kurang 20 kilometer.

FOTO, Berita oleh: Izan Rusman

Ketua Pengarah BTN (tiga dari kiri) bergambar bersama-sama dengan barisan penganyuh yang lain diperkarangan sekolah berkenaan.

 

Sesi regangan dikendalikan oleh urus setia program sebelum kayuhan dimulakan dari STAY ke Tesco Semenyih.

 

Peserta kayuhan dilepaskan dengan semangat amal dan perpaduan antara mereka dari STAY ke TESCO Semenyih.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018

 

Go to top