Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KLANG, 19 Dis. – Sebuah organisasi cemerlang bermula dari perancangan strategik yang sempurna dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi. Maka dengan sebab itu, Bahagian Khidmat Pengurusan, Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Kerja Berpasukan melibatkan kakitangan mereka seramai 50 orang. Program tersebut berlangsung di Institut Kepimpinan IM4U, Meru, Klang pada 19 hingga 21 Disember dibawah penyelarasan Encik Khalid Aswad Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Noor Rashid Mat Taharim, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Transformasi BTN.

Menurut Khalid, program ini bertujuan untuk memastikan supaya tugasan seharian yang dilakukan lebih berobjektif serta bersasar dengan visi dan misi organisasi yang telah ditetapkan. Beliau juga mengharapkan agar kakitangan BTN supaya melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi dengan tahap kompetensi yang tinggi serta meningkatkan tahap prestasi diri dalam menjaga imej jabatan.

Program selama tiga hari ini telah disusun dengan pelbagai pengisian bagi memastikan perkhidmatan mereka pada tahun hadapan dilaksanakan lebih tersasar. Perbincangan antara mereka dalam kumpulan berjaya menghasilkan satu keputusan menang-menang agar pelanggan mereka memahami bahawa sebagai penjawat awam, kita tidak lari daripada Peraturan Am Penjawat Awam.

 

FOTO/ BERITA Oleh: LIZZA IMELIA M. SULANAH / MUHAMMAD ELYAS SULAIMAN

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top