Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEPANG, 08 Feb. – FELDA yang ditubuhkan sejak Julai 1956 telah memberi perubahan besar terhadap ekonomi semua kaum. FELDA bukan dimiliki khusus untuk orang Melayu sahaja. Namun ada juga tanah rancangan ini penerokanya terdiri daripada orang bukan melayu. Persepsi ini perlu ditapis yang mengatakan bahawa Felda khusus untuk sesetengah kaum sahaja.

Dalam perlembagaan negara, semua kepentingan kaum terus dipelihara dan dijamin hak mereka. Melalui pilihan raya, mereka mempunyai kuasa memilih kepimpinan kerajaan untuk tempoh lima tahun. Maka tidak timbul bahawa hak mereka tidak dipelihara dan akan terus dipertahankan. Ia merupakan antara isu-isu semasa yang diperbincangkan dalam program Latihan Transformasi Negara FELDA Wilayah Raja Alias berlangsung di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang, Selangor.

Program dibawah kendalian Puan Norhaslinda Hj. Nordin itu telah dirasmikan sendiri oleh YBhg. Tuan Pamuji Kemis, Pengurus Besar FELDA Wilayah Raja Alias. Seramai 92 orang peserta terdiri daripada pengurus dan peneroka FELDA hadir pada program berkenaan yang berlangsung pada 6 hingga 8 februari itu.

Turut hadir berkongsi maklumat isu semasa negara adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan YBrs. Tuan Shafrul Hj. Kadir, Pemangku Pengarah BTN Negeri Selangor yang berbicara berkenaan ‘Negara Berdaulat’.

BERITA/ FOTO Oleh: Norhaslinda Nordin

YBhg. Tuan Pamuji Kemis (tengah) Pengurus Besar FELDA Wilayah Raja Alias bergambar bersama-sama urus setia program.

 

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad bersembang santai bersama-sama peserta program di Kem Bina Negara Tg. Rhu, Sepang.

 

Peserta program dalam sesi riadah bersama-sama barisan urus setia dan jurulatih BTN di Padang Kawad Kem Bina Negara Tg. Rhu.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top