Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA TERENGGANU, 15 Feb. - Kerajaan Negeri Terengganu telah menubuhkan pusat latihan berasaskan kemahiran untuk memberi peluang latihan yang lebih formal dan teratur kepada belia tempatan. Pada 14 September 1996, maka Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah ditubuhkan.

TESDEC dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara buat kakitangan dan pelajar TESDEC di Dewan Ibnu Khaldun, Kuala Terengganu. Program dibawah kendalian Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal, Penolong Pengarah BTN Negeri Terengganu itu telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Saidi Salleh, Pengurus Besar TESDEC.

Program berkenaan dianjurkan bagi memberi penerangan khusus kepada mereka mengenai penerangan dasar-dasar negara dan Perlembagaan Persekutuan. Penjelasan isu-isu semasa negara turut dijelaskan secara terperinci oleh YBhg. Tuan Ali bin Mamat, Tenaga Penggerak BTN Negeri Terenggnu.

BERITA / FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Mohd Kamal

 

YBrs. Tuan Saidi Salleh, Pengurus Besar TESDEC merasmikan program berkenaan di Dewan Ibnu Khaldun, Kuala Terengganu.

 

Perkongsian idea dan pengalaman daripada Tenaga Penggerak Biro Tatanegara Negeri Terengganu.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top