Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA TERENGGANU, 08 Feb. – Prinsip utama perpaduan yang kita kecapi hari ini disebabkan penyatuan semua bangsa dibawah satu bumbung yang sama tanpa perselisihan isu yang dibangkitkan. Konsep keadilan sosial menjadi asas kepada semangat perpaduan yang ada. Setiap kaum perlu memahami asas ini agar ianya terus terpelihara.

Bagi mengukuhkannya lagi, Biro Tatanegara Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Federal Land Development Authorities (FELDA) pada 6 hingga 8 februari yang lalu. Program dikendalikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Khairuddin Mohammed, Penolong Pengarah BTN Negeri Terengganu.

Menurut beliau, program berlangsung di Pusat Latihan FELDA Kuala Terengganu itu telah dihadir seramai 117 orang peserta terdiri daripada pengurus FELDA, kakitangan dan peneroka FELDA Wilayah Jengka, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.

Program berbentuk pembinaan jati diri ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mohd Anuar Ridi Mohamad, Pegawai FELDA. Selain itu, dasar-dasar negara dijelaskan juga kepada peserta program melalui pendekatan wacana minda, PKPK, tazkirah dan sesi riadah serta sembang santai.

BERITA / FOTO Oleh: Ahmad Khairuddin Mohammed

 

Hubungan antara generasi pertama dan kedua FELDA sangat rapat dan menunjukkan bahawa ukhwah antara mereka sangat bagus membangun FELDA.

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top