Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 21 Feb. – Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Machang, Tuan Hj. Arazmi Seman menyifatkan guru sebagai pendorong kepada masa hadapan negara melahirkan modal insan  yang berkualiti serta teguh bersama-sama kerajaan sediada dalam memastikan hasrat Transformasi Negara 2050 mencapai matlamatnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Besut, Terengganu.

Program yang berlangsung dari 19 hingga 21 Februari 2018 itu telah dihadiri seramai 90 orang guru sekitar Daerah Machang, Kelantan. Menurut penyelaras program Puan Nor Misuari Mohamed yang juga Penolong Pengarah BTN Kelantan, program ini berjaya meningkatkan jati diri peserta program serta memberikan penjelasan kepada mereka terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

Hadir sama pada program berkenaan adalah YB. Dato Jazlan Yaakub yang merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Machang. Beliau turut mengingatkan bahawa segala isu yang timbul perlu maklumat yang sahih dan tidak hanya diterima secara bulat-bulat daripada penghantar maklumat. Pada hari ini maklumat terlalu banyak sehingga kita sukar untuk menilai kesahihhannya dan terus disebar luaskan.

“Sebagai seorang pendidik, kita seharusnya bijak dalam membuat keputusan. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak murid kita walaupun kita tahu bahawa mereka tidak secara terus terlibat dalam proses membuat keputusan. Namun segalanya diperhatikan oleh mereka dan mereka akan mencontohi apa jua tindakan kita,” menurutnya lagi.

BERITA /  FOTO Oleh: Nor Misuari Mohamed

 

Pengisian rohani mampu memberi kesan yang sangat positif dalam membuat sebarang keputusan melalui konsep mesyuarah. 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top