Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 18 Mac – Dengan slogan sepanjang program “BTN Best, KEMAS Terbaik” telah berlangsung Program Latihan Transformasi Negara Guru-Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan di Kem Bina Negara Besut, Terengganu pada 16 hingga 18 Mac yang lalu. Menurut Penyelaras Program Encik Mohd Fauzi Shafii, program yang diselaraskan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan itu telah menarik penyertaan seramai 97 orang peserta terdiri daripada guru-guru KEMAS Negeri Kelantan dengan gred jawatan 29.

Menurut beliau lagi, peserta telah didedahkan dengan kaedah pengurusan disiplin dan penambahbaikan sahsiah sebagai anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas. Mereka juga telah dibantu dalam meningkatkan ketahanan mental dan fizikal serta semangat patriotisme pada Negara dan kerajaan. Sebanyak 4 slot PKPK dan 2 sesi Wacana Minda telah disampaikan kepada peserta program.

 

Gambar oleh : Mohd Fauzi Shafii

Peserta program bergambar di dalam Dewan Putra 1Malaysia KBN Besut bersama sama barisan fasilitator dan urus setia.

 

Penyelaras Program bergambar kenagan bersama sama peserta program dan Pengarah KEMAS Negeri Kelantan, Tn. Hj. Anuar Mat Zain.

 

Peserta program dalam sesi kembara di KBN Besut, Terengganu. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top