Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 09 April– Pada tahun ini bermula sudah Program Guru Pembina Negara Bangsa sepertimana berlangsungnya program berkenaan pada tahun lalu. Program ini adalah melalui kerjasama erat antara Biro Tatanegara (BTN) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui program ini, peserta dapat menjadi agen berkesan dalam menyemai sifat patriotisme dan perpaduan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan jati diri dan profesionalisme keguruan ke arah pembinaan  modal insan yang patriotik serta memberi penerangan dan kefahaman yang berteraskan Perlembagaan Malaysia dalam konteks Rukun Negara bagi peningkatan semangat jati diri.

Bahagian Penjana Modal Insan telah melaksanakan dua siri secara serentak di dua kem BTN. Program berlangsung pada 7 hingga 9 April 2017 di Kem Bina Negara (KBN) Besut yang melibatkan penyertaan peserta seramai 78 orang terdiri daripada guru-guru negeri Kelantan. Manakala pada tarikh yang sama juga di Kem Bina Negara Balik Pulau telah menerima penyertaan peserta seramai 106 orang guru-guru dari Negeri Pulau Pinang.

Menurut penyelaras program di KBN Besut, Cik Siti Nuruain Abu yang juga merupakan Penolong Pengarah Bahagian tersebut, YBhg. Encik Sharani Mohd Said yang merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM telah hadir merasmikan program berkenaan. Beliau juga telah berkongsi pengalaman dan dapatan berliau dalam sesi Wacana Minda bertajuk “Transformasi Guru”. Wacana Minda kedua pula telah disampaikan oleh Encik Rozihan A. Rahim@Awang, Penolong Pengarah BTN Kelantan dengan tajuknya “Negaraku”.

Manakala program yang berlangsung di KBN Balik Pulau telah dikendalikan oleh Mohd Firdani bin Kamarudin yang juga merupakan Penolong Pengarah Bahagian berkenaan. Hadir pada majlis perasmian adalah Tuan Hj. Sa’aid bin Mo’min, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Hadir menyampaikan Wacana Minda adalah Puan Aida Mohd Anip, daripada KPM, manakala Wacana Minda kedua disampaikan oleh Encik Mohd Hasan Mohamed, Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan dengan tajuk “Negaraku”. Peserta kedua dua program juga telah menjalani sesi PKPK Perlembagaan dan Rukun Negara.

 

FOTO oleh: Firdani & Nuruain

Sesi PKPK terakhir yang dilalui oleh para peserta di KBN Balik Pulau dengan membacakan Ikrar Rukun Negara.

 

Wacana Minda 1: Disampaikan oleh Pn Aida binti Mohd Anip (wakil BPG, KPM) bertajuk Transformasi Guru di KBN Balik Pulau.

 

Sesi Tazkirah yang disampaikan oleh pentazkirah jemputan : Ustaz Mohd Zain Mohd Shah di KBN Besut, Terengganu.

 

Peserta menerima Sijil Penghargaan ketika sesi penutupan program yang disampaikan oleh En. Sharani bin Mohd Said dari Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top