Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 12 April – Seramai 169 Pemimpin Masyarakat Veteran Daerah Marang mengukir kenangan manis di Kem Bina Negara Langkawi apabila program mereka dikunjungi oleh YB Dato’ Ir. Hj. Nawawi Hj. Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi yang telah berkongsi pengalaman dalam politik serta merasmikan program berkenaan. Menurut penyelaras program Encik Ahmad Khairuddin Mohammed, peserta pada kali ini telah berprogram bermula pada 10 April sehingga hari ini. Program Transformasi Negara Veteran Kawasan Marang ini adalah anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu.

Menurutnya lagi, peserta program merupakan pemimpin yang mempunyai semangat juang yang amat tinggi kepada negara dan mereka perlu dihargai. Peranan pemimpin Veteran penting kerana mereka merasai arus pembangunan negara sejak negara ini belum mencapai kemerdekaan lagi. Maka pengalaman mereka inilah harus dikongsi bersama dengan generasi sekarang dan akan datang. Pengalaman dan perkongsian mereka inilah yang sangat membantu golongan pentadbir ketika ini dalam memacu dan mentadbir negara tercinta supaya kekal merdeka dan selamanya merdeka.

Sepanjang program, perkongsian pengalaman sejan negara mencapai kemerdekaan telah diceritakan oleh setiap daripada mereka melalui sesi yang dijalin erat dan disusun dalam program ini. Selain itu, kejayaan-kejayaan yang dicapai negara ini diukir melalui pengkisahan sebenar atau true story dan menghasilkan success story.

 

FOTO oleh: Ahmad Khairuddin Mohammed

Barisan urus setia sempat mengambil peluang bergambar kenangan bersama sama YB Ahli Parlimen Langkawi dalam merai Pemimpin Veteran Terengganu.

 

Walaupun berumur, namun semangat juang mereka masih lagi muda dalam memastikan mereka ini meninggalkan yang terbaik untuk generasi akan datang.

 

Tetap bersemangat mendengar perkongsian daripada tetamu jemputan dalam program meraikan veteran Terengganu ke KBN Langkawi. 

 

Penyelaras Program mengharapkan agar Pemimpin Veteran ini sentiasa memandu dan mendidik golongan muda pada hari ini meneruskan legasi mereka.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top