Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PULAU REDANG, 27 April– Encik Ahmad Fikri Mohamad yang merupakan Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu telah menyelaras satu program dibawah anjuran BTN Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Seminar Cinta Negara Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang turut menjadi platform mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat setempat. Program ini telah berlangsung di Kg. Baru, Pulau Redang dan dihadiri seramai 100 orang peserta. Program ini juga bertujuan untuk menjadikan mahasiswa supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat dan menjadi contoh tauladan kepada penduduk yang mereka dekati. Setiap mahasiswa telah mengikuti pengisian program seperti program anak angkat, sesi gotong royong serta khidmat bakti melalui pengalaman pembelajaran.

 

FOTO Oleh: Ahmad Fikri bin Mohamad

Wakil masyarakat Kg. Baru Pulau Redang menyampaikan ucapan aluan kepada mahasiswa UniSZA.

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir terdiri daripada Mahasiswa UniSZA.

 

Mahasiswi UniSZA tidak terkecuali mengikuti program anjuran bersama sama UniSZA dan BTN

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top