Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA NERUS,  09 Mei– Tanggungjawab menjaga negara ini bukan hanya terletak pada sesetengah individu tertentu sahaja, tetapi ianya terletak pada setia warganegaranya termasuk guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di semua peringkat. Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Persatuan Guru-Guru KAFA Terengganu (PERKAT) telah menganjurkan satu Seminar Cinta Negara begi memberikan pemahaman kepada mereka mengenai Dasar-Dasar Negara serta Isu-Isu Semasa Negara. Antara isu utama diperbincangkan adalah mengenai Perlembagaan Persekutuan.

Menurut penyelaras program iaitu Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal, hadir merasmikan program ini adalah YBhg. Tuan Hj. Mohamad bin Yusof, Pegawai Khas kepada YAB. Menteri Besar Negeri Terengganu. Hadir sama adalah Tuan Hj. Abu Bakar Mohamad, Pengerusi Persatuan Guru-Guru KAFA Terengganu (PERKAT) DaerahKuala Nerus. Seramai 160 orang ahli persatuan terdiri daripada Guru-Guru KAFA daerah hadir pada program ini.

 

FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Mohd Kamal

Sesi soal jawab peserta program bersama sama dengan peceramah jemputan yang hadir.

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir pada program Seminar Cinta Negara Guru KAFA Daerah Kuala Nerus.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top