Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA TERENGGANU, 07 Jun –Dalam menyemarakkan lagi sambutan di awal Ramadan, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu telah mengajurkan program Kacau Bubur Lambuk di Perkarangan Pejabat BTN Negeri Terengganu. Program yang disertai oleh 150 orang kakitangan dan penduduk sekitar ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Yuseri Isa, Pengarah BTN Negeri Terengganu. Program seperti ini berupaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan dan penduduk sekitar dan menyemarakkan lagi sambutan di bulan Ramadan serta mengamalkan amalan sedekah kepada yang memerlukan.

 

FOTO Oleh : Ahmad Fikri Mohamad

 

Pengarah BTN Negeri Terengganu, YBhg. Encik Yuseri Isa mengedarkan bubur lambuk yang siap dimasak kepada pengguna jalan raya.

 

Proses penyediaan bahan bubur lambuk dilakukan secara gotong royong bersama sama seluruh kakitangan BTN Negeri Terengganu.

 

Seluruh kakitangan BTN Negeri Terengganu bergambar kenangan dihadapan pejabat Biro Tatanegara Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top