Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARANG, 04 Julai –Tanggungjawab mendidik semangat patriotisme dikalangan warga pendidik diteruskan lagi apabila Seminar Cinta Negara Majlis Guru Besar Negeri Terengganu dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu. Program tersebut dihadiri seramai 178 orang ahli majlis berkenaan yang berlangsung di Dewan Institut Latihan Perindustrian Marang, Terengganu. Program dikendalikan oleh Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shafruddin Haji Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Hadir sama adalah Tuan Mohd Yuseri Isa, Pengarah BTN Negeri Terengganu dan Encik Mohd Adnan Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Marang.

 

FOTO Oleh: M.Zuhairi M.Kamal

Ahli Majlis Guru Besar Negeri Terengganu bergambar bersama-sama Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu di Dewan ILP, Marang.

 

Kehadiran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu disambut oleh Pengarah BTN Negeri Terengganu di lobi Dewan ILP, Marang.

 

Ucapan perasmian program oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu di Dewan ILP, Marang. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top