Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 22 Julai –Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pelatih kejururawatan dan pelatih pembantu perubatan alam sekitar dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Putrajaya telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Besut, Terengganu. Program itu dikendalikan oleh Cik Hazulia Arni Abdul Hadi telah menerima kehadiran seramai 92 orang peserta. Berobjektifkan patriotisme dan kenegaraan, nilai-nilai murni, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan akhirnya mampu malahirkan peserta yang lebih berdaya tahan dan memahami semangat “Negaraku” serta memahami prinsip bernegara.

 

FOTO Oleh: Hazulia Arni Abdul Hadi

Nilai perpaduan diterapkan antara peserta program pada program ini di Kem Bina Negara Besut, Terengganu.

 

Konsep syukur dengan nikmat dikecapi negara ini sangat dihargai oleh peserta program di Kem Bina Negara Besut, Terengganu.

 

Ikrar Rukunegara dihayati bersama sama antara peserta sebagai asas nilai perpaduan negara Malaysia.

 

Kerjasama peserta program amat tinggi apabila semua aktiviti dilakukan secara bersama di Kem Bina Negara Besut, Terengganu.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top