Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 29 Julai –Seramai 88 orang mahasiswa Kolej Al-Quran Negeri Terengganu telah menghadiri program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu dibawah kendalian Encik Ahmad Khairuddin Mohammed, Penolong Pengarah BTN Negeri Terengganu. Program berlangsung pada 27 hingga 29 Julai di Kem Bina Negara Besut, Terengganu. Dalam menanamkan semangat patriotisme, ia melibatkan semua pihak tidak mengira kaum, agama dan budaya. Dalam hal ini, mereka telah diberikan penjelasan mengenai hal-hal dasar negara dan perlembagaan persekutuan serta penghayatan Al-Quran yang berkaitan mengenai kepimpinan dan patriotisme. Turut berlangsung aktiviti kembara minda dan pengukuhan kumpulan melalu pelbagai pengisian buat peserta program.

FOTO Oleh: Ahmad Fikri Mohamad

Peserta program bergambar dipuncak Bukit Kluang bersama sama urus setia program dalam aktiviti kembara.

 

Kerjasama dalam semangat berpasukan amat penting dalam menghasilkan impak yang maksimum.

 

Elemen kerohanian melalui solat berjamaah aspek penting dalam membentuk keperibadian peserta program.

 

Fasilitator adalah pemudahcara berperanan penting dalam memandu peserta program melakukan transformasi dalam diri mereka.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top