Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARANG, 19 Ogos –Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Agensi Trensformasi Rakyat Terengganu (ATRA) berkolaborasi menganjurkan Seminar Cinta Negara di Balairaya Rhu Muda, Marang dan dihadiri seramai 140 peserta program. Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Nik Dir Nik Wan Ku turut mengedarkan Jalur Gemilang sebagai menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2017. Pelbagai aktiviti lain dianjurkan sama seperti teknik penyembelihan haiwan sembelihan cara Islam dan proses penyediaan makanan halal. Perkongsian maklumat tiga agensi ini amat memberikan impak positif peserta yang terdiri daripada J2K Rhu Muda.

FOTO Oleh: Noriati Fatimi Ngah

Peserta didedahkan teknik penyembelihan mengikut cara agama Islam dipimpin oleh pegawai MAIDAM, Terengganu.

 

Peserta program amat menghargai penganjuran program seperti ini dan diharapkan dapat dianjurkan lagi.

 

Turut dikongsi sama maklumat terkini berkaitan isu semasa negara dan kenegaraan daripada Biro Tatanegara.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top