Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 24 Ogos Seramai 40 orang kakitangan Kolej Al-Quran Terengganu telah berkampung di Kem Damai, Besut, Terengganu bagi mengikuti program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu. Program tersebut telah berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos dikendalikan oleh Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal, Penolong Pengarah BTN Negeri Terengganu. Program berkenaan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Shafei, Ketua Eksekutif, Kolej Al-Quran Terangganu. Hadir sama Dr. Nor Azman Mat Ali, Timbalan Ketua Eksekutif Akademi dan Hal Ehwal Pelajar dan Tuan Hj. Zulkifli A. Kadir, Timbalan Ketua Eksekutif Pengurusan dan Pengkorporatan kolej berkenaan. Sepanjang program, peserta telah ditingkatkan semangat jati diri serta nilai patrioitsme berasaskan isu semasa dan perlembagaan persekutuan.

FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Mohd Kamal

Peserta program mencipta Jalur Gemilang mengikut kreativiti mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

 

Peserta program mendengar perkongsian maklumat daripada Tenaga Penggerak BTN Negeri Terengganu.

Taklimat daripada pihak urus setia program kepada peserta sebelum melakukan aktiviti kembara.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top