Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BESUT, 26 Ogos – Seramai 250 orang mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dilatih sebagai fasilitator dan urus setia program Suai Kenal Pelajar Baharu bagi universiti berkenaan. Program di Kem Bina Negara Besut itu berlangsung pada 22 hingga 26 Ogos 2017 dibawah kendalian Encik Khairul Fadzreen Khairruddin, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pulau Pinang dan dirasmikan oleh YBhg. Dr. Nazarudin Zainun, Pengarah Pusat Pembangunan Sahsiah Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM. Mereka ini dilatih bagi persediaan kemasukan pelajar baru pada hujung tahun ini dan awal tahun hadapan serta dalam masa yang sama mendidik mereka cara pengurusan program yang besar diperingkat universiti. Turut disuntik dalam diri mereka nilai-nilai positif bagi seorang fasilitator yang perlu ada berteraskan nilai murni dan Perlembagaan Persekutuan.

 

FOTO Oleh: Khairul Fadzreen Khairruddin

Peserta program bergambar kenangan bersama-sama barisan urus setia program di Kem Bina Negara Besut, Terengganu.

 

capan Perasmian Pembukaan oleh Dr Nazaruddin bin Zainon, Pengarah Pembangunan Sahsiah Pelajar, HEPA USM.

 

Ucapan perasmian penutup oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi Yayasan Minda Malaysia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top