Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SETIU, 30 Sept. – Seramai lebih 50 orang belia dan beliawanis Seberang Takir, Terengganu telah mengikuti program Latihan Transformasi Negara di Pusat Latihan Peladang Agro, Setiu anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu. Program diselaraskan oleh Encik Mohd Zuhairi Mohd Kamal, Penolong Pengarah BTN Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Belia dan Beliawanis Seberang Takir ini telah dirasmikan ileh YBhg. Tuan Che Azmi Abd Rahman, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus. Hadir sama pada majlis perasmian tersebut adalah YBrs. Tuan Mohd Yuseri Isa, Pengarah BTN Negeri Terengganu.

Sebagai penggerak masa depan negara, pelbagai isu-isu semasa negara telah dijelaskan kepada peserta program bagi memupuk semangat sayangkan negara melalui penerapan nilai-nilai murni dalam proses pembangunan negara. Tujuannya adalah untuk menyuntik semangat jati diri sebagai asas penerapan nilai perpaduan serta rasa tanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara terutama sekali dikalangan generasi muda.

FOTO Oleh: Mohd Zuhairi Mohd Kamal

Pengukuhan Program melalui modul smart tunnel menguji ketahanan mental dan fizikal peserta program.

 

Perkongsian dapatan kepada peserta program daripada Tenaga Penggerak BTN Negeri Terengganu. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top