Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 21 Feb. – Melalui tag line ‘Kemenjadian Murid’ menjadi asas bagi memastikan cabaran pendidikan masa kini terus diatasi sebagai satu alternatif yang lebih baik. Cabaran pendidikan semasa negara pada hari ini semakin pelbagai apabila dunia mengalami perubahan sikap kearah yang lebih baik.

Melalui kerjasama National Blue Ocean Strategic (NBOS) Biro Tatanegara Negeri Selangor dengan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara melibatkan Guru-Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Daerah Gombak. Program berlangsung di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

Menurut penyelaras program Puan Norhaslinda Nordin yang juga Penolong Pegarah Kanan BTN Negeri Selangor, program berkenaan telah memberi penekanan terhadap kefahaman berkaitan isu-isu semasa negara serta perkaitannya dengan situasi pembangunan pendidikan semasa negara. Seramai lebih 90 orang peserta telah menghadiri program berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, BTN Putrajaya, Tuan Mohd Hasan Mohamed. Beliau turut menyampaikan perkongsian kepada peserta program.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Puan Eneng Faridah binti Iskandar Sastrawidjaja daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang turut berkongsi maklumat berkaitan kesan media massa semasa negara.

BERITA / FOTO Oleh: Norhaslinda Nordin

 

Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, BTN Putrajaya, Tuan Mohd Hasan Mohamed turut hadir menyampaikan perkongsian beliau.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top