Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 09 Apr. – Pengalaman mendidik golongan guru sangat mencabar pada hari ini. Jika dahulu guru sangat dihormati, namun cabaran pada hari ini lebih menguji tahap kesabaran seorang pendidik sehingga ada ibu bapa yang sanggup mendakwa guru-guru atas kes-kes terpencil ke mahkamah. Keadaan ini semakin sukar bila mana negara semakin maju dan akhirnya kerajaan terpaksa memikirkan alternative lain bagi menghadapi cabaran dunia pendidikan.

Pengalaman ini dikongsi oleh YBrs. Dr. Chong Poh Wan, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa ketika merasmikan program Seminar Khas #Bicara Guru Oh Guru di Kuala Lumpur. Program kendalian Encik Sulhairil Hafiz Hj. Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara (BTN) ini mendapat penyertaan lebih 300 peserta terdiri daripada pihak pengurusan IPG dan Siswa Pendidik IPG kampus berkenaan.

Melalui program seperti ini, pengalaman wagra pendidik dikongsi bersama-sama dengan Siswa Pendidik yang bakal menceburkan diri dalam bidang ini. Dasar-dasar negara perlu difahami oleh mereka sebagai persediaan awal sebelum ke alam kerjaya. Penerapan nilai-nilai kebersamaan dengan kepimpinan negara yang ada menggambarkan bahawa golongan pendidik perlu mendokong aspirasi yang direncanakan oleh kerajaan.

Turut dikongsi isu-isu berkaitan dunia pendidikan oleh YBrs. Encik Ahmad Mohamad, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini memberikan impak yang sangat positif daripada kalangan peserta kerana pemupukan nilai-nilai murni selari konsep “Hebatkan Negaraku”.

BERITA / FOTO Oleh : Sulhairil Hafiz Hj. Sulaiman

 

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top