Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 06 Ogos – Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri sedang diperhalusi semula matlamatnya di bawah Malaysia baharu. Hal ini selari dengan semangat Malaysia baharu yang masih mementingkan semangat patriotik perpaduan negara. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh YB. Dr. Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tg. Piai ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Pada ketika ini, BTN sedang melalui fasa pengemaskinian modul bagi disesuaikan mengikut kehendak semasa tanpa mengubah matlamat asal penubuhannya. Beliau turut menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Jelutong, Pontian dan Batu Kawan.

Menurut YB Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian, “saya kira BTN ini tidak perlu ditutup tetapi ia perlu diubahsuai kurikulumnya mengikut keadaan semasa dan arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mungkin selepas ini ada kursus-kursus tertentu. Saya kira ia perlu diteruskan atas kurikulum yang berbeza.”

Pada dasarnya BTN bukannya agensi politik sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. BTN sentiasa memegang prinsip asasnya iaitu memberi penerangan isu semasa negara, dasar-dasar kerajaan, meningkatkan semangat patriotik serta penerapan nilai-nilai murni.

Nilai moral rakyat Malaysia sentiasa digilap oleh BTN bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang disegani melalui budaya nilai ketimuran. Sifat dan sikap lemah lembut budaya timur menjadikan banyak negara mengiktirafnya. Dasar Pandang Ke Timur yang pernah diwujudkan dahulu menjadikan Jepun sebagai sebuah negara model kepada Malaysia pada hari ini.

BERITA oleh: Mohd Zamrin

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top