Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 16 Mac– Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Biro Tatanegara (BTN) telah melaksanakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme (Modul Perlembagaan). Bengkel telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 14 Mac sehingga 16 Mac 2017 bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang pegawai BTN telah terpilih untuk mengikuti program yang diselaraskan oleh Encik Haslizar bin Rozally. Objektif bengkel tersebut dilaksanakan adalah untuk mengkaji secara mendalam Perlembagaan Persekutuan secara lebih terperinci dan seterusnya meningkatkan kepakaran Pegawai BTN dalam memahami Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh. Pengisian bengkel adalah berkaitan kupasan Perlembagaan Persekutuan dan 15 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang meliputi 183 Perkara. Ketua Pengarah BTN, Datuk Haji Ibrahim bin Saad turut hadir merasmikan bengkel berkenaan.

Gambar oleh : Encik Haslizar bin Rozally

Ketua Pengarah BTN (tengah), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Latihan) (kanan) dan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum (kiri) bergambar bersama-sama peserta bengkel.

Peserta bengkel sedang membincangkan tugasan yang diberikan di dalam kumpulan.

Sebahagian peserta sedang berbincang bersama-sama tenaga pengajar berkaitan tugasan.

Tenaga Pengajar Bengkel yang komited berkongsi ilmu bersama-sama peserta.

YBhg. Datuk Haji Ibrahim bin Saad, Ketua Pengarah BTN turut hadir merasmikan bengkel berkenaan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top