Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

SEPANG, 20 Mac – Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) Putrajaya telah menganjurkan Seminar Cinta Negara yang dihadiri seramai 82 orang pegawai dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Program sehari itu berlangsung di Pusat Latihan Camar Laut LKIM, Bagan Lalang, Sepang. Sebanyak 3 sesi Wacana Minda telah disampaikan oleh pegawai bahagian berkenaan. Wacana Minda bertajuk “Bangsa Berdaulat” disampaikan oleh Encik Mohd Hisyam Hj Basabah, “Sistem Pentadbiran Negara” disampaikan oleh Encik Sulhairil Hafiz Hj Sulaiman manakala Wacana Minda terakhir bertajuk “Menjana Negara Sejahtera” disampaikan oleh Encik Mohd Firdani Kamarudin. Program ini adalah kerjasama antara pihak BTN bersama sama dengan pihak LKIM.

 

Gambar oleh: Mohd Zul Amri Zainal Aripin

Peserta terdiri daripada pegawai LKIM mendengar perkongsian dalam sesi Wacana Minda yang disampaikan Pegawai BTN.

 

Encik Sulhairil Hafiz menyampaik perkongsian beliau bersama sama peserta di Dewan Utama Camar Laut LKIM Sepang.

 

"Untuk membina negara sejahtera bukan hanya peranan kerajaan, tetapi ia adalah peranan rakyat bersama sama untuk memastikan negara ini maju."

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top