Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

SETIAWANGSA, 4 April– Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan (BTN WP) yang diketuai oleh Encik Faizal Iqram bin Ibeni Yanin telah melaksanakan program sembang santai bersama-sama Duta Besar Malaysia ke Amerika, Tan Sri Zulhasnan Rafique. Turut mengiringi, Encik Mohd Aizal bin Baharuddin dan Encik Mohd Khairil bin Ibrahim yang merupakan Penolong Pengarah di BTN WP. Program ini telah dilaksanakan di Pejabat Seri Meraga, Wangsa 118, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan isu politik semasa Amerika Syarikat dan kesannya kepada Malaysia. Tan Sri Zulhasnan Rafique turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat sebagai Duta Malaysia di Amerika Syarikat.

 

Gambar oleh : Encik Mohd Aizal bin Baharuddin

Delegasi dari BTN Wilayah Persekutuan bergambar kenangan bersama-sama Tan Sri Zulhasnan Rafique di pejabatnya.

 

Perbincangan dan perkongsian maklumat bersama-sama Duta Besar Malaysia ke Amerika, Tan Sri Zulhasnan Rafique

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top