Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PUTRAJAYA, 19 April– Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan Seminar Kenegaraan bertempat di Auditorium Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya. Program yang dihadiri seramai 131 orang itu terdiri daripada pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia serta guru-guru sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Menurut penyelaras program Puan Rozlin Mohamed, program berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN yang turut berkongsi dapatan beliau.

Menurutnya lagi, program berkenaan adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan pengukuhan kefahaman berkaitan pendidikan kenegaraan berteraskan perlembagaan Malaysia. Selain itu, ianya juga adalah untuk mempertingkatkan lagi semangat jati diri, ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah dan negara kearah pembinaan modal insan yang patriotik. Hadir sama pada program berkenaan YBhg. Prof Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Felo Utama Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang menyentuh tajuk “Sejarah dan Struktur Asas Perlembagaan Persekutuan”.

 

FOTO oleh: Rozlin Mohamed / Nurul Hamizah Ismail

Sesi diskusi bersama pakar perlembagaan persekutuan direbut peserta program untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan undang-undang.

 

Turut berkongsi dapatan adalah Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan Encik Hasan Bin Mohamad.

 

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad turut berkongsi dapatan beliau bersama sama dengan peserta program di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top