Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

WILAYAH PERSEKUTUAN, 05 Mei - Seramai 15 orang pegawai Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berjaya mengikuti bengkel penyediaan dan penambahbaikan slaid ceramah yang telah diadakan di Akademi Kenegaraan BTN, JPM. Bengkel tersebut bermula pada 2 Mei sehingga 4 Mei 2017.

Menurut penyelaras program iaitu Puan Siti Aishah Ghani, bengkel tersebut diadakan sebagai langkah penambahbaikan slaid ceramah, khususnya topik kenegaraan agar menjadi lebih mantap dan memberi impak yang tinggi kepada para peserta kursus. Selain daripada itu, bengkel tersebut membincangkan Penyediaan Rancangan Pelan Pembelajaran untuk memudahkan pegawai-pegawai BTN menyampaikan ceramah.

Sewaktu bengkel ini berlangsung, para pegawai yang menjadi peserta telah dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dan membentangkan tugasan tersebut. Semoga dengan berlangsungnya bengkel ini dapat memantapkan lagi slaid ceramah khasnya untuk digunakan para pegawai BTN.

 

 

Sebelum memulakan tugasan peserta bersama YBhg. Datuk Ibrahim Saad, dalam sesi bersama Ketua Pengarah BTN.

 

Salah satu kumpulan dalam bengkel sedang menyiapkan tugasan.

 

Salah seorang peserta sedang membentangkan hasil tugasan kumpulan.

 

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Latihan sedang menyampaikan ucapan penangguhan bengkel.

 

Bersama YBhg. Datuk Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top