Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 05 Mei– Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah melaksanakan siding meja bulat dengan beberapa orang pakar dalam membincangkan program Konvensyen Kenegaraan Negara Serantau yang bakan dilaksanakan pada tahun ini. Seramai 30 orang peserta meja bulat telah hadir pada program tersebut yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN. Turut hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tan Sri Dato Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor USAS merangkap pengerusi bersama program berkenaan.

Antara pakar yang hadir pada perbincangan kali ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Syamrahayu Ab Aziz, Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr Azmi Hasan, Geostrategik Universiti Teknologi Malaysia, Saudara Abu Bakar Atan dari Media Prima Berhad serta beberapa ahli panel yang lain. Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Akademi Kenegaraan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa ketetapan untuk dicapai bersama seperti format program, tema dan sub tema pembentangan serta cadangan ahli panel forum, pembentangan serta penyampaian ucaptama program berkenaan.

FOTO Oleh : Zainariah Hasan

Ahli Persidangan Meja Bulat Konvensyen Kenegaraan bergambar kenangan di Akademi Kenegaraan, Jln Bellamy, Kuala Lumpur.

 

Prof. Madya Dr. Syamrahayu Ab Aziz dan Saudara Abu Bakar Atan turut hadir sama dalam sesi meja bulat di Akademi Kenegaraan Kuala Lumpur.

 

Sidang Meja Bulat di Akademi Kenegaraan yang dipengerusikan oleh Ketua pengarah BTN, hadir sama Timbalan Ketua Pengarah BTN.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top