Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA LUMPUR, 05 Jun – Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, dan Dato’ Shagul Hamid Abdullah merupakan antara mereka yang awal berada di Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Belia dan Sukan, sebuah agensi yang kini dikenali sebagai Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. BTN kini dalam usaha mengumpulkan maklumat mengenai agensi ini melalui Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan bagi memenuhi hasrat supaya agensi ini didokumentasikan secara formal. Hari ini, YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN berpeluang mengetuai pertemuan eksklusif ini bagi menyelami perit jerih perjuangan memartabatkan bangsa Malaysia dalam pendidikan patriotisme. Pertemuan berlangsung di Bait Badawi, Kediaman Rasmi Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pertemuan hampir tiga jam ini menyelongkar secara keseluruhan pahit manis yang dihadapi mereka dalam mencorak masa depan negara kita pada hari ini. Dalam suasana mesra seperti keluarga besar, jelas kelihatan bahawa mereka mahukan agar agensi ini terus memperjuangkan apa yang telah dirancang supaya anak cucu kita tidak lupa bahawa perjuangan mempertahankan kemerdekaan ini tiada akhirnya. “Perjuangan ini tidak akan berakhir sampai bila-bila. Generasi kini dan masa depan perlu sedar bahawa apa yang kami lakukan untuk mereka dan mereka perlu memahami erti perjuangan ini”, menurut Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Menurut Dato’ Shagul Hamid pula, “benar kata dia perjuangan belum selesai, memang perjuangan kami tidak akan selesai kerana sampai bila-bila kami akan terus bersama BTN, dan BTN perlu kehadapan mempertahankan apa yang kami bina pada masa lalu”.  Harapan ini diterjemah dalam pertemuan itu ketika ditemuramah dan mereka banyak mengimbau kenangan lama ketika bersama-sama dalam Unit Penyelidikan Belia. Diakhir pertemuan, Tun Abdullah Ahmad Badawi merakamkan jutaan terima kasih atas usaha BTN dan mengharapkan agar generasi yang ada ini meneruskan perjuangan ini.

 

FOTO Oleh: Murad Mohamad Safie

Setiap mereka mempunyai perjuangan yang sama, meneruskan legasi membina negara ini melalui semangat cinta pada tanahair ini.

 

Menyelusuri sejarah BTN bukan sesuatu yang mudah, kerana perjuangan mereka banyak disaluti keikhlasan kepada perjuangan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top