Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kemampuan kerajaan sediada pada hari ini menunjukkan bahawa negara ini dalam keadaan yang amat stabil dan berkembang pesat. Keyakinan ini diterjemahkan melalui program Latihan Transformasi Pegawai Ke Luar Negara melibatkan seramai 130 orang pegawai kanan yang ditaja oleh kerajaan Malaysia. Mereka terdiri daripada pegawai yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang kepakaran masing-masing diperingkat sarjana, doktor falsafah serta sub kepakaran. Program ini dikendalikan oleh YM Tengku Bahyah Tengku Ab. Jalil, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara Putrajaya.

Menurut beliau, program ini adalah salah satu syarat supaya mereka mengetahu situasi semasa negara melalui elemen Perlembagaan Malaysia, dasar negara, isu semasa serta ancaman keselamatan. Turut hadir pada program berkenaan adalah Datuk P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dalam sesi bersama tokoh berkongsi pengalaman beliau bersama sama peserta program.

 

FOTO Oleh: Tengku Bahyah Tengku Ab. Jalil

Peserta menikmati sesi riadah petang dan pagi di Dusun Bandar, Kuala Lumpur bersama sama barisan jurulatih dan urus setia program.

 

YB. Datuk P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia menyampaikan perkongsian beliau semasa Sesi Bersama Tokoh.

 

Sebahagian pegawai kanan kerajaan yang bakal melanjutkan pengajian mereka di peringkat sarjana, doktor falsafah dan sub kepakaran.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top