Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 27 Julai –Majlis Pengetua Seluruh Malaysia (MPSM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Terengganu telah menganjurkan program Latihan Transformasi Khas melibatkan seramai 125 orang pengetua-pengetua seluruh Negeri Terengganu. Program ini berlangsung pada 25 hingga 27 Julai di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur dikendalikan oleh Puan Noriati Fatimi Ngah, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Terengganu. Hadir merasmikan program berkenaan adalah YB. Dato’ Hj. Mohd Zubir Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dalam ucapannya, Perlembagaan Persekutuan yang wujud sejak 1948 ini perlu dipertahankan dan difahami setiap perkara kenapa ianya diwujudkan. Proses ini melalui perjalanan yang sangat jauh.

Menurut beliau, program ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan memperkasa pengetua-pengetua seluruh Terengganu. Kerjasama seperti ini mampu menggalakkan perkongsian maklumat antara tiga agensi yang bekerjasama. Dalam ucapan perasmian pula, penekanan aspek Perlembagaan Persekutuan telah diberikan kepada peserta program. Hadir sama berkongsi maklumat adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN berbicara mengenai isu semasa negara. Turut berkongsi maklumat adalah Ustaz Mohd Zain Mohd Sah yang berbicara mengenai Rang Undang-Undang 355 dan YBrs. Pengarah JPNT yang mengupas mengenai buku ‘Triple Cycle’.

 

FOTO Oleh: Noriati Fatimi Ngah

YDP DUN Terengganu (tiga dari kiri) bersama sama Pengarah JPNT dan Pengerusi MPSM Cawangan Terengganu.

 

Perkongsian YBhg. Ketua Pengarah BTN mencuit hati peserta program di Dewan Auditorium Akademi Kenegaraan.

 

Elemen kerohanian membincangkan perkara mengenai Rang Undang-Undang 355 yang melibatkan perlembagaan persekutuan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top