Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – ‘Memperkasa Penggunaan Positif Miedia Baharu’  telah menjadi tema bagi Program #Negaraku: Seminar Media Sosial Tahun 2017 anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Biro Tatanegara dan beberapa agensi strategik.  Program ini bertujuan untuk mewujudkan generasidigital berminda kelas pertama yang mengamalkan etika penggunaan internet secara selamat, berwaspada dan bertanggungjawab. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mana teks ucapan beliau telah dibacakan oleh YBhg. Datuk Mohd Rafi Ali Hasan, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan. Hadir sama YBrs. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN menyampaikan dapatan dan perkongsian beliau kepada peserta program.

 

FOTO Oleh : Fahmi Mohammed Yusof

Teks ucapan Menteri Wilayah Persekutuan dibacakan oleh YBhg. Datuk Mohd Rafi Ali Hasan, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan.

 

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN turut berkongsi pengalaman dan dapatan beliau mengenai media massa.

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir dalam program ini. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top