Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Biro Tatanegara (BTN) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Cinta Negara Bicara Patriotik kepada Pengetua, Guru Besar dan Guru Kanan Zon Keramat. Program berlangsung di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur dihadiri seramai 130 orang peserta. Dalam meningkatkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan bagi Tahun 2017 ini, pelbagai input disalurkan kepada peserta yang hadir pada kali ini. Program diselaraskan oleh Encik Muhammad Anas Razali, Penolong Pengarah BTN Wilayah Persekutuan dan dirasmikan oleh YBhg. Puan Hajah Asiah Hj Hussin, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Keramat. Perkongsian ilmu pula disampaikan oleh YB Datuk Rizalman Dato’ Mokhtar, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam ucapannya, beliau mengingatkan peserta bahawa rakyat mempunyai peranan dan kerajaan bertanggungjawab menguruskan amanah rakyat supaya adil dan saksama kepada semua. Bagi menjadikan #Wilayahkuceria lebih bermakna, semua pihak perlu memainkan peranan agar ianya direalisasikan bersama-sama. 

FOTO Oleh: Muhammad Anas Razali

Hadir sama Penolong Pengarah Kanan BTN Wilayah Persekutuan, YBrs. Ust. Abdul Jalalul Shahrin Abd Basir.

 

Peserta program terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bergambar bersama-sama.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top