Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA LUMPUR, 19 Sept. –Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan taklimat khas keselamatan dan pencegahan kebakaran di Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara. Program ini telah dihadiri oleh seramai lebih 40 orang kakitangan Bahagian Transformasi dan Patriotik serta BTN Wilayah Persekutuan dibawah kendalian Encik Shafarin Shaari, Penolong Pengarah BTN. Taklimat lengkap dan pemeriksaan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Hj. Zainal bin Ahmad, Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia. Taklimat ini berupaya memberi kesedaran dan kefahaman kakitangan BTN mengenai kepentingan keselamatan dan pencegahan kebakaran bagi individu, tempat kerja dan harta benda. Mereka akhirnya mengetahui bahawa kepentingan tahap keselamatan dalam bangunan terutamanya alat bantuan keselamatan dijaga dan menjadi tanggungjawab bersama. Konsep Early Dettection in Emergency (EDIE) difahami sebagai langkah awal pencegahan.

FOTO Oleh: Shafarin Shaari

Sistem kebakaran bangunan diperiksa oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

 

Sesi taklimat yang dikendalikan oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Hj. Zainal bin Ahmad.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top