Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 27 Sept. 2017 – Bagi memastikan sebaran maklumat tepat dan yang terkini, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan Bengkel Menjawab Isu Semasa Negara di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 september 2017. Program tersebut berjaya menghimpunkan lebih 60 orang pegawai dan tenaga penggerak BTN sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN dengan amanat supaya Pegawai dan Tenaga Penggerak BTN harus menyebarkan maklumat tepat dan terkini berkaitanan kenegaraan dan isu semasa negara. Hal ini menjadi asas kepada fungsi dan peranan BTN dalam menyebarluaskan ilmu kenegaraan berteraskan maklumat tepat tanpa melanggar hak dalam Perlembagaan Persekutuan. Beberapa pakar dan mereka yang berpengalaman dijemput bagi memberikan maklumat terkini dan penjelasan berkaitan isu yang dibincangkan.

FOTO Oleh: Siti Aishah Ghazali

Ketua Pengarah BTN bergambar bersama-sama barisan peserta setelah selesai majlis perasmian di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

 

Peserta program bertanyakan soalan kepada penceramah jembutan daripada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top