Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Jalinan kerjasama melalui National Blue Ocean Strategic (NBOS) oleh Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri terus diperluaskan oleh Ketua Pengarah BTN iaitu YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, melalui Bahagian Birokrat dan Korporat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pertemuan berlangsung di Ibu Pejabat TNB, Jalan Bangsar itu disambut mesra oleh YBhg. Datuk Seri Ir. Azman Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif TNB serta barisan Pegawai Eksekutif TNB yang lain. Hadir sama pada pertemuan berkenaan adalah Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, YBrs. Dr. Hj. Hanafi Harun serta pegawai kanan BTN yang lain. Perbincangan menjurus kepada kerjasama dua hala antara agensi yang boleh memberikan impak maksima dalam sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat Malaysia. Program diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua belah agensi berkenaan.

FOTO / Berita oleh:  Haslizar Rozally

Perbincangan penting berkaitan kerjasama antara dua agensi melalui NBOS.

 

YBhg. Datuk Seri Ir. Azman Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif TNB menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah BTN.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top