Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 11 Dis. – Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) mahukan agar kerjasama antara Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dalam pembangunan modal insan meliputi kakitangan mereka dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya sementara waktu. Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, YBhg. Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dipejabatnya ketika pertemuan membincangkan kerjasama antara dua agensi berkenaan. Delegasi BTN diketuai oleh Ketua Pengarah iaitu YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad dan turut sama hadir YBrs. Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat serta Tuan Haslizar Rozally, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Birokrat dan Korporat BTN.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua agensi bersetuju melaksanakan program kerjasama pada tahun hadapan dan mengharapkan agar kerjasama ini bukan sekadar yang pertama, malah diharapkan agar ianya berterusan sampai bila-bila. Pada dasarnya, BTN telah terlibat secara tidak langsung dalam memberikan latihan transformasi kepada bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran mereka diperingkat ijazah pertama tanggungan biasiswa PETRONAS. Hasil usaha ini menunjukkan bahawa kerjasama melalui Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sangat memberikan impak yang sangat positif kerana bukan hanya menjimatkan perbelanjaan kerajaan, malahan memaksimukan perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan mereka.

FOTO / Berita oleh: Haslizar Rozally

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin mahukan kerjasama antara PETRONAS dan BTN kekal berhubung sampai bila-bila.

 

Ketua Pengarah BTN (dua dari kanan) berbincang bersama CEO PETRONAS mengenai hala tuju kerjasama antara BTN dan PETRONAS.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top