Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

Kuala Lumpur, 11 November 2017 – "Membawa aspirasi kemajuan Malaysia dihadapan mata anda!" Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan betapa gahnya Ekspo Negaraku 2017 yang berlangsung di Dataran Mereka sejak 15 November 2017 dan akan berakhir pada 15 Disember 2017.

Biro Tatangera (BTN) hari ini berpeluang mengadakan rombongan yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga untuk menikmati kelainan yang disajikan pada ekspo yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Pelbagai bentuk pameran interaktif disediakan untuk tatapan pengunjung dalam memahami aspirasi dan kemajuan yang dinikmati rakyat Malaysia.

Ruang pameran yang disediakan di ekspo ini di bahagikan kepada 5 kubah yang melambangkan 5 Rukunegara. Setiap kubah diisi dengan tema-tema tertentu seperti kemudahan infrastruktur, alam sekitar, pendidikan dan aspirasi TN50.

Antara pameran interaktif yang dapat pengunjung rasai ialah simulator pusat kawalan lapangan terbang, simulator pemanduan bas RapidKL dan MRT, pelbagai permainan interaktif dan visual video yang sangat menarik. Ia seolah-olah pengunjung berada di lokasi yang sebenar seperti di Menara The Exchange 106 (dulu dikenali sebagai Menara TRX), kereta kabel Langkawi dan pelbagai lagi.

Kunjungan selama lebih kurang 3 jam tersebut juga memberi inspirasi kepada kakitangan BTN untuk memberikan variasi didalam penyampaian maklumat kepada orang ramai. Ia juga memberi sedikit sebanyak input kepada kakitangan mengenai perjalanan Malaysia didalam mencapai status negara maju dan menjayakan Wawasan 2020 dan meneruskannya dengan Transformasi Nasional 2050.

Setakat hari ini, jumlah pengunjung yang hadir ke Ekspo Negaraku 2017 ini dianggarkan telah hampir mencapai seramai 400,000 orang termasuk pelancong dari luar negara. Rata-rata pengunjung memberikan reaksi positif terhadap Ekspo Negaraku ini dan berharap agar ekspo yang interaktif sebegini dapat diperluaskandan diperbanyakkan lagi. Syabas diucapkan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kerana berjaya memberikan satu bentuk keunikan tersendiri didalam Ekspo Negaraku 2017.

 

FOTO Oleh: Lukman bin Amran

 


"Seperti berada didalam MRT", itulah yang dirasai oleh anggota rombongan BTN ke Ekspo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Kakitangan BTN merasai pengalaman mengawal simulator pusat kawalan lapangan terbang yang disediakan di Ekspo Negaraku 2017


Permainan interaktif tarian-tarian tradisional Malaysia turut disediakan bagi mengetengahkan keunikan budaya di Malaysia kepada orang ramai.


Anggota rombongan BTN bergambar kenangan bersama kakitangan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertindak sebagai urusetia di Ekspo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top