Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA LUMPUR, 11 Jan. - Kolaborasi bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) diteruskan pada tahun ini apabila Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pihak Maybank Berhad di Menara Maybank, Kuala Lumpur. Rombongan lawatan berkenaan disambut oleh YBhg. Datuk Abdul Farid Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad dan Encik Prakash Mukherjee, Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Media dan Pelabur Maybank. YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad diiringi sama YBrs. Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat dan barisan pegawai BTN yang lain. Dalam pertemuan ini, perkongsian strategik dan kepakaran masing-masing dibincangkan dan ditawarkan bagi memastikan supaya kerjasama ini memberikan situasi menang-menang antara kedua-dua agensi. 

BERITA oleh: Fahmi Mohammed Yusof

FOTO oleh: Murad Mohamad Safie

 

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad.

 

YBhg. Datuk Abdul Farid Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad turut menawarkan kepakaran Maybank dalam bidang latihan.

 

Mereka turut merakamkan kenangan manis bersama-sama di Menara Maybank setelah selesai pertemuan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top