Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LUMPUR, 15 Jan. – ‘Hidup kita ini sementara sahaja. Jika abjad ‘A’ hingga ‘Z’ ada 26 huruf, kita hidup hanya pada awal tiga huruf awal iaitu ‘B’, ‘C’ dan ‘D’. Huruf ‘B’ merujuk kepada birth (lahir) iaitu kita dilahirkan ke dunia ini. Dan kita akan dikembalikan kepada pencipta pada huruf ‘D’ iaitu death (kematian). Ditengah antara dua huruf ini adalah ‘C’ iaitu choice (pilihan). Dalam kehidupan kita antara kelahiran hingga kematian, kita ada pilihan samada untuk jadi baik atau jahat. Maka segalanya adalah pilihan kita yang mana kita akan dibangkitkan dipadang mashyar nanti’. YBhg. Tuan Haji  Mohd Fakhrurazi Haji Abdul Rahim, Pengarah Biro Tatanegara Negeri Kelantan berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah maghrib pada Majlis Perjumpaan Pegawai BTN Bil. 1/2018 di Akademi Kenegaraan Kuala Lumpur.

Turut dibawa kisah yang berlaku pada zaman Khalifah Umar dimana seorang tua memasak batu bagi menyedapkan hati anak-anaknya yang sedang kelaparan sehingga wanita itu menempelak tanggungjawab Khalifah Umar sebagai seorang pemimpin yang tidak melaksanakan tugasnya. Secara rumusan pada cerita ini adalah sebagai seorang pemimpin, kita mesti memastikan supaya kebajikan anak buah kita terjaga. Sebagaimana kepimpinan BTN pada hari ini sentiasa memelihara kebajikan kakitangan BTN. Apa yang pasti, jangan kita menabur dan menanam kebencian sesama kita. Kesan fitnah yang ditabur mampu meruntuhkan organisasi ini tanpa kita sedari.

Amanah yang kita pikul didunia ini sangat besar. Kegagalan kita melaksanakan amanah Allah ini pastinya akan menerima ganjaran setimpal dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Maka kita perlu istiqomah dan menilai balik tugasan kita seharian dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T nanti. Jika kita hanya melakukan perkara yang sia-sia, maka sia-sialah hidup kita didunia ini dimana amalan kita tidak dikira walau sekecil zarah kerana hidup dikelilingi dengan dosa fitnah, maksiat, mengadu domba dan sebagainya. Tahap keimanan kita perlu dinilai sentiasa agar rezki yang kita dapat hari-hari sentiasa berkat dan halal disisi Allah S.W.T.

Jawatan yang kita ada pada hari ini tidak membawa apa-apa nilai diakhirat kelak. Apa yang dinilai nanti adalah amalan kita kepada tanggungjawab yang dipikul dibahu kita ini. Sekiranya kita melaksanakan amanah ini sebaik mungkin, maka ganjaran syurga Allah amat besar nanti. Jika kita memusnahkan amanah ini dengan melakukan perkara haram secara bersendirian seperti berjudi, maksiat, mengadu domba dan menabur fitnah, maka balasan Allah amat berat.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian dan Negeri serta pegawai BTN seluruh Malaysia.

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top