Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

 FAQ Gagasan 1Malaysia

Pertanyaan Lanjut : Fetty Azura binti Md. Yunus (03-8872 4613 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

1. Apakah dua (2) asas utama Gagasan 1 Malaysia?

Dua (2) asas utama Gagasan 1 Malaysia adalah untuk menyuburkan perpaduan dan  membina Negara Maju.

2. Apakah tiga (3) teras perpaduan Gagasan 1Malaysia?

Tiga (3) teras perpaduan Gagasan 1Malaysia ialah

1)        Penerimaan

2)        Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

3)        Keadilan Sosial

3. Apakah empat (4) nilai-nilai menyokong teras perpaduan Gagasan 1Malaysia?

Empat (4) nilai menyokong teras perpaduan ialah

1)      Hormat-menghormati

2)      Rendah Hati

3)      Kesederhanaan

4)      Berbudi Bahasa

4. Apakah empat (4) budaya progresif Gagasan 1Malaysia?

 

Empat (4) budaya progresif Gagasan 1Malaysia ialah :

1)      Budaya Berprestasi Tinggi

2)      Budaya Ketetapan

3)      Budaya Inovasi

4)      Budaya Ilmu

5. Apakah empat (4) budaya aspirasi Gagasan 1Malaysia?

 

Empat (4) budaya aspirasi Gagasan 1Malaysia ialah :

1)      Kebijaksanaan

2)      Kesetiaan

3)      Ketabahan

4)      Intergriti

6. Apakah tagline Gagasan 1Malaysia?

Tagline Gagasan 1Malaysia ialah Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

7. Apakah hasrat yang ingin dicapai disebalik tagline ‘Rakyat Didahulukan’?

Hasrat disebalik ‘Rakyat Didahulukan’ ialah suara rakyat didengari, kebajikan rakyat dititikberatkan, rakyat mendapat khidmat terbaik serta diberi layanan mesra, dengan ini rakyat berasa mudah, selesa, dihargai, dihormati, terjamin, selamat, mendapat keadilan dan seterusnya bangga serta bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

8. Apakah hasrat yang ingin dicapai disebalik tagline ‘Pencapaian Diutamakan’?

Hasrat disebalik ‘Rakyat Diutamakan’ ialah perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan dan semua pihak kepada rakyat perlu berada pada tahap kualiti yang optimum dan terbaik. Oleh itu agensi pelaksana hendaklah memastikan hasil kerja memberi manfaat kepada rakyat dimana mengutamakan outcome berbanding output, sentiasa berfikir yang terbaik untuk rakyat dan berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan rakyat mendapat kepuasan.

9. Apakah aspek utama dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia?

Aspek utama dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia terbahagi kepada dua (2). Aspek pertama ialah penerapan Teras-teras Perpaduan dan aspek kedua ialah pengamalan Budaya Progesif dan Nilai-nilai Aspirasi.

10. Mengapakah penerapan Teras-teras Perpaduan penting dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia?

Penerapan Teras-teras Perpaduan  penting dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia kerana ia menjadi sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia dimana teras perpaduan ini menjadi komponen asas yang akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukungi oleh empat nilai murni iaitu hormat-menghormati, rendah hati (tawaduk), kesederhanaan dan berbudi bahasa. Keempat-empat nilai murni ini akan mendasari cara hidup rakyat Malaysia

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top