SEBUTHARGA/TENDER

Tiada sebarang sebutharga/tender.

   

KURSUS KENEGARAAN

Hotline :
03-8872 4687 / 4688
03-8872 4689 / 4690

:: TARIKH KEMASKINI

2010-09-06 | 09:39:00

Soal Jawab Mengenai Kursus Kenegaraan

     Sebelum Kursus:

 
  1. Di manakah saya boleh memohon untuk mengikuti Kursus Kenegaraan?

    Permohonan untuk mengikuti Kursus Kenegaraan ini boleh dibuat melalui dua cara, iaitu secara on-line dan secara manual. Untuk permohonan melalui on-line, pemohon perlu memasuki Laman Web Biro Tatanegara (BTN) iaitu http:www.btn.gov.my. Bagi permohonan secara manual pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Kursus Kenegaraan yang boleh diperolehi dari Unit/Bahagian Latihan/Sumber Manusia, kemudian dihantar kepada Biro Tatanegara (BTN) secara berkelompok melalui jabatan/kementerian bukannya melalui individu.

  2. Siapakah kumpulan sasaran untuk Kursus Kenegaraan?

    Berdasarkan surat pekeliling perkhidmatan bilangan 19 tahun 2008, pegawai yang disyaratkan mengikuti Kursus/Modul Kenegaraan adalah pegawai lantikan pertama dalam perkhidmatan awam pada 2 Januari 2002 dan selepasnya yang menduduki TK1 pada gred berkenaan.

  3. Apakah objektif Kursus Kenegaraan?

    Objektif Kursus Kenegaraan ini adalah untuk:

    1. Memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada Negara dan Kerajaan;
    2. Memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;
    3. Memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan
    4. Memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.
  4. Apakah kurikulum Kursus Kenegaraan?

    Kurikulum Kursus Kenegaraan merangkumi sejarah kebangkitan negara; isu dan ehwal semasa; kesetiaan kepada Raja, Kerajaan dan Negara; Pengurusan integriti seperti pencegahan rasuah, akauntabiliti, moral dan etika; dan Pembangunan diri dan kumpulan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur kursus boleh mengubahsuai kandungan kursus tertakluk kepada kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam.

  5. Berapa harikah tempoh masa untuk mengikuti Kursus Kenegaraan?

    Kursus Kenegaraan ini mengambil masa selama lima (5) hari. Pihak penganjur kursus boleh mengubah tempoh kursus tertakluk kepada kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam.

  6. Apakah keperluan yang diperlukan semasa mengikuti Kursus Kenegaraan?

    Keperluan yang diperlukan oleh peserta kursus adalah seperti berikut :

    1. Pakaian
      1. Semasa Ceramah, LDK dan Peperiksaan :
        Lelaki:
        1. Baju kemeja putih lengan pendek
        2. Seluar panjang berwarna hitam atau gelap
        3. Sarung kaki / stokin
        4. Kasut kulit

        Wanita:

        1. Baju kurung putih
        2. Kain sarung hitam atau gelap
        3. Kasut Hitam (Sandles Tidak Dibenarkan)
        4. Bertudung/selendang
      2. Semasa Aktiviti Gerak Fizikal
        1. ‘Track-Bottom’
        2. T-Shirt putih berkolar lengan pendek (lelaki) / lengan panjang (perempuan)
        3. Sarung kaki / stokin
        4. Kasut getah / kasut sukan
      3. Semasa KEMBARA
        1. T-Shirt putih lengan panjang ‘plain’
        2. Kasut getah / kasut sukan dan stokin
        3. Peralatan KEMBARA (disediakan oleh Urus Setia)
      4. Semasa Penghayatan Rohani
        1. Pakaian yang sesuai
        2. Pakaian yang sesuai untuk Solat Jumaat
    2. Keperluan Harian (Persendirian)
      1. Tuala
      2. Kain basahan
      3. Berus gigi, ubat gigi, sabun dan lain-lain
      4. Pisau cukur
      5. Selipar
      6. Ubat-ubatan persendirian
      7. Penyangkut baju
      8. Lain-lain keperluan yang dirasakan perlu
 

      Semasa Kursus:

 
  1. Apakah pengisian semasa Kursus Kenegaraan ini berlangsung?

    Peserta akan diberi pengisian di dalam slot-slot Taklimat kursus, Latihan Dalam Kumpulan, Perbincangan, Ceramah Kenegaraan, Aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Ujian.

  2. Bagaimana peserta dinilai semasa mereka menjalani Kursus Kenegaraan?

    Penilaian merangkumi dua kaedah iaitu penilaian sepanjang kursus dan ujian diakhir kursus. Peserta akan dinilai melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) – 55%, Ujian Aneka Pilihan (OMR) – 40% dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) – 5%. Pencapaian markah mengikut tahap kelulusan adalah seperti berikut:

    TAHAP KELULUSANAGIHAN MARKAH
    LDK (55%)OMR (40%)PJK (5%)
    CEMERLANG50 – 5535 – 404 – 5
    LULUS28 – 4920 – 340 – 3
    KANDAS0 – 270 – 19

    Bagi mencapai tahap kelulusan CEMERLANG, peserta perlu mencapai tahap cemerlang bagi kesemua item penilaian.

  3. Apakah format Ujian untuk Kursus Kenegaraan?

    Ujian di dalam Kursus Kenegaraan ini merupakan soalan berbentuk objektif (OMR). Walau bagaimanapun, bentuk dan bilangan soalan ujian ini berbeza mengikut kumpulan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

  4. Adakah diberi pengecualian daripada mengikuti Aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kepada mereka yang sakit, sudah berumur dan sebagainya?

    Ya. Bagi mereka yang tidak mampu untuk mengikuti aktiviti tersebut boleh dikecualikan setelah dimaklumkan kepada Ketua Fasilitator kursus dengan syarat mereka mengemukakan surat perakuan doktor.

  5. Bagaimana pula penilaian terhadap mereka yang sakit, sudah berumur dan sebagainya?

    Bagi mereka yang sakit, sudah berumur dan sebagainya, mereka masih lagi dinilai mengikut format penilaian Kursus Kenegaraan iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ujian Aneka Pilihan (OMR) dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Untuk mencapai tahap kelulusan LULUS, peserta hanya perlu memperolehi sekurang-kurangnya 28 markah (LDK), 20 markah (OMR) dan 0 markah (PJK).

 
 

      Selepas Kursus:

 
  1. Bagaimana proses keputusan Kursus Kenegaraan dikeluarkan?

    Setelah kursus ini berakhir, markah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ujian Aneka Pilihan (OMR) dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) akan dicampurkan menjadi peratus (%) dan kemudiannya cadangan keputusan tersebut dikemukakan kepada Mesyuarat Panel Penilaian Kursus Kenegaraan untuk pertimbangan dan keputusan sama ada Lulus dengan Cemerlang, Lulus atau Kandas. Bagi mereka yang Lulus dengan Cemerlang dan Lulus, akan diberikan Sijil Kursus Kenegaraan.

  2. Bagaimana pula bagi mereka yang kandas Kursus Kenegaraan?

    Bagi mereka yang didapati kandas Kursus Kenegaraan ini, mereka boleh diberi peluang mengulangi kursus ini selepas setahun dari tarikh kursus yang dihadiri. Pengurangan tempoh ini boleh dipertimbangkan oleh Panel Penilaian Kursus Kenegaraan.

  3. Berapa lamakah keputusan tersebut boleh diperolehi atau diketahui oleh peserta Kursus Kenegaraan?

    Keputusan dan Sijil Kursus Kenegaraan akan diperolehi oleh peserta setelah Mesyuarat Panel Penilaian Kursus Kenegaraan membuat tersebut dan ianya mengambil masa sekurang-kurangnya dua (2) bulan daripada tarikh akhir mengikuti kursus. Sijil Kursus Kenegaraan tersebut akan dihantar kepada individu melalui jabatan/kementerian masing-masing.

    Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Kenegaraan ini bolehlah dikemukakan kepada Urus Setia Kursus Kenegaraan, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri di alamat berikut:

    Ketua Pengarah
    Biro Tatanegara
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 1, Blok B3
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA.

    Telefon : 03-8872 4600/03-8872 4624
    Faksimili : 03-88883451/58

 

                       MUAT TURUN DALAM PDF  

 
 
 

PAUTAN LAIN

           
        

Hakcipta Terpelihara 2005-2010 © Biro Tatanegara

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Kebolehcapaian

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Bilangan Pengunjung Unik :
 
HTML Hit Counters