SEBUTHARGA/TENDER

Tiada sebarang sebutharga/tender.

   

KURSUS KENEGARAAN

Hotline :
03-8872 4687 / 4688
03-8872 4689 / 4690

:: TARIKH KEMASKINI

2010-09-06 | 09:39:00

Penilaian Kursus

 

PENDAHULUAN

Di dalam Kursus Kenegaraan, peserta akan dinilai melalui :

1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) – 55%
2. Ujian Aneka Pilihan (Ujian) – 40% dan
3. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) – 5%.

 

Tahap-tahap kelulusan yang perlu dicapai oleh para peserta adalah seperti jadual yang disertakan dibawah :

TAHAP KELULUSAN                                     AGIHAN MARKAH
LDK (55%) UJIAN (40%) PJK (5%)
CEMERLANG 50 – 55 35 – 40 4 – 5
LULUS 28 – 49 20 – 34 0 – 3
KANDAS 0 – 27 0 – 19

 

FORMAT PENILAIAN

Penilaian Kursus Kenegaraan ini mengandungi tiga (3) format penilaian berasingan iaitu :

 1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
 2. Ujian Aneka Pilihan (UJIAN) dan
 3. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
  

Peserta perlu menunjukkan prestasi yang setara bagi kesemua tahap penilaian Kursus Kenegaraan  ini. Oleh itu, peserta adalah dinasihatkan supaya jangan menumpukan kepada satu atau dua tahap  penilaian sahaja.

 

Bagi mencapai tahap kelulusan CEMERLANG, peserta perlu mencapai tahap cemerlang bagi kesemua item penilaian iaitu sekurang-kurangnya :

 i. 50 markah (LDK);
 ii. 35 markah (UJIAN) dan
 iii. 4 markah (PJK)

 

Bagi mencapai tahap kelulusan LULUS pula, peserta perlu memperolehi sekurang-kurangnya :

 i. 28 markah (LDK) dan
 ii. 20 markah (UJIAN)
  

Jika peserta didapati gagal memperolehi markah LULUS di dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK)  atau Ujian Aneka Pilihan (UJIAN) atau kedua-duanya sekali, maka peserta berkenaan dikira  KANDAS bagi Kursus Kenegaraan ini.

 

Kesimpulannya, matlamat akhir penilaian Kursus Kenegaraan ini adalah untuk membina ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental, pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah di samping  memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi Sistem Saraan Malaysia.

Nota : Peraturan bagi setiap ujian yang dikendalikan akan dimaklumkan sebelum ujian dilaksanakan oleh pegawai yang ditugaskan.

 

PAUTAN LAIN

           
        

Hakcipta Terpelihara 2005-2010 © Biro Tatanegara

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Kebolehcapaian

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Bilangan Pengunjung Unik :
 
HTML Hit Counters