SEBUTHARGA/TENDER

Tiada sebarang sebutharga/tender.

   

KURSUS KENEGARAAN

Hotline :
03-8872 4687 / 4688
03-8872 4689 / 4690

:: TARIKH KEMASKINI

2010-09-06 | 09:39:00

PERUTUSAN KETUA PENGARAH
 
"Mencintai negara bermaksud mencintai
tanah air, rakyat, pemerintah dan juga
menjunjung kedaulatan negara."

 

Biro Tatanegara (BTN) sebagai agensi kerajaan mulai tahun 1974 berperanan untuk membangunkan semangat patriotik di kalangan rakyat, khususnya generasi muda. Dalam persekitaran negara yang semakin terdedah kepada pelbagai anasir dan sempadan negara tidak lagi mampu berperanan untuk menyekat pengaliran maklumat, semangat untuk mencintai negara semakin relevan pada hari ini. Menurut pakar berkenaan globalisasi, semakin terbuka sesebuah negara, maka rakyat negara berkenaan semakin mencari identiti dan jati diri mereka.

Mencintai negara bermaksud mencintai tanah air, rakyat, pemerintah dan juga menjunjung kedaulatan negara. Keempat-empat komponen negara ini menjadi kayu ukur atau `rukun’ kepada seseorang yang benar-benar patriotik. Jika hanya kita mencintaai tanah air, rakyat dan pemerintah, tetapi kita tidak mampu membuat keputusan sendiri mengenai negara, bermakna kita tiada kedaulatan dalam pemerintahan. Ini bermaksud kita masih dijajah samada secara fizikal atau simbolik. Begitu juga jika kita membenarkan tanah air ini semakin hari semakin banyak dijual kepada orang lain, maka kita juga tidak patriotik. Perasaan patriotik terhadap keempat-empat komponen ini wajib disemai di kalangan bangsa kita, supaya kita mampu terus mempertahankan negara ini dengan segala kekuatan dan kebijaksanaan. Oleh itu, BTN terus mengadakan pelbagai program untuk menyemai perasaan patriotik ini kepada seluruh rakyat.

BTN yang sebelum tahun 1982 dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia terus memainkan peranan untuk memastikan generasi muda di negara ini memahami dasar-dasar kerajaan. Dengan demikian, BTN berperanan untuk merapatkan jurang kefahaman mengenai rasional di sebalik sesuatu dasar kerajaan. Inilah sebabnya BTN membina jaringan persahabatan dengan pelbagai pihak, termasuk dengan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi memenuhi kehendak inilah, maka laman web BTN ini kami wujudkan. Laman web ini untuk kegunaan semua rakyat Malaysia. Kami berharap semoga laman web ini digunakan sepenuhnya oleh para pengunjung untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan BTN dan patriotisme.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung laman ini. Syabas dan tahniah juga kepada pengendali dan kakitangan yang bertungkus-lumus menyiapkan laman ini.

 


Dato' Shagul Hamid Bin Abdullah
Ketua Pengarah Biro Tatanegara 

 

 

PAUTAN LAIN

           
        

Hakcipta Terpelihara 2005-2010 © Biro Tatanegara

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Kebolehcapaian

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Bilangan Pengunjung Unik :
 
HTML Hit Counters