:: MUAT TURUN
» Lain-Lain
:: TARIKH KEMASKINI
2010-09-06 | 09:39:00
|
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)BAGI PIHAK PEKERJA BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI SESI 2010/2011 | Pengerusi | : | En. Mohamed Norazman bin Mohamed Ariffin
| | Naib Pengerusi | : | Y. Bhg. Datuk Ibrahim Bin Saad | | Setiausaha | : | En. Khalid Bin Mohamad Yusoff | | Wakil Pengarah Negeri | : | En. Hasnam@Mohd Shah Bin A. Rahman
| | Wakil Pegawai Ibu Pejabat (Gred 41-44) | : | En. Affendy Bin Shamsuddin | | Wakil Pegawai Negeri (Gred 41-44) | : | En. Ahmad Shukri Bin Adnan | | Wakil Pengetua Kem | : | En. Abdul Sani Bin Paijo
| | Wakil Pegawai Ibu Pejabat (Gred 18-38) | : | Pn. Noorizan Binti Yeob Wasil | | Wakil Pegawai Negeri (Gred 18-36) | : | - | | Wakil Pembantu Tadbir Kewangan (W17) | : | En. Muhammad Zulkifli Bin Mansor | | Wakil Pembantu Tadbir PT/PO (N17) | : | En. Mohd Rofzan Bin Mohd Latif | | Wakil Juruteknik | : | En. Sirajul Adli Bin Mohd Yusoff | | Wakil Jurulatih | : | En. Mohd Taib Bin Mohd Tahir
| | Wakil Pemandu | : | En. Norlizam Bin Kardi | | Wakil Pembantu Am Pejabat | : | En. Harun Bin Karim | | Wakil Pekerja Awam | : | En. Rozman Bin Zakaria@Majid
|
LATAR BELAKANG Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 bertajuk Penyusunan Semula Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam telah dikeluarkan berikutan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB). Dalam pekeliling tersebut, perenggan 9 hingga 14 hanya menyentuh secara ringkas mengenai panduan penubuhan MBJ. MBJ bertujuan untuk memperolehi kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja di mana Pihak Pekerja di Kementerian/Jabatan/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian secara aktif dalam membincang dan menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan perjalanan organisasi di kementerian, jabatan atau pejabat berkenaan. Walaupun arahan untuk menubuhkan MBJ telah dikeluarkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992, masih terdapat Kementerian/Jabatan/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan yang belum menubuhkan MBJ masing-masing. Sementara itu, ada Kementerian/Jabatan/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan yang telah menubuhkan MBJ masing-masing tetapi tidak aktif menguruskannya. Bagi memantapkan lagi perhubungan majikan-pekerja di peringkat setempat dan selaras dengan konsep rakan kongsi bestari, surat pekeliling perkhidmatan baru ini dikeluarkan bagi menjelaskan secara terperinci mengenai peraturan penubuhan, peranan dan pengurusan MBJ.
|
|