SEBUTHARGA/TENDER

Tiada sebarang sebutharga/tender.

   

KURSUS KENEGARAAN

Hotline :
03-8872 4687 / 4688
03-8872 4689 / 4690

:: TARIKH KEMASKINI

2010-09-06 | 09:39:00

Kursus Kenegaraan (Sistem Saraan Malaysia)
Kursus Kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
  1. Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;

  2. Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;

  3. Untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan

  4. Untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

Ringkasan Modul
BilTemaObjektifMetodologi%
ASEJARAH
KEBANGKITAN
NEGARA
  • Kewujudan Negara

  • Peristiwa Kemerdekaan

  • Kontrak Sosial

  • Perlembagaan Negara

  • Dasar-dasar Negara

a. Memahami:
  • Asal-usul kewujudan dan kemerdekaan negara.

  • Konsep kontrak sosial, perlembagaan dan dasar negara.

b. Menganalisis:

  • Peristiwa-peristiwa berhubung dengan kebangkitan negara

  • Implikasi kontrak sosial terhadap sosioekonomi, sosiopolitik serta sosiobudaya.

  • Serta menghurai perlembagaan dan dasar-dasar negara.

Ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

10
BKESETIAAN
KEPADA RAJA,
KERAJAAN DAN
NEGARA
  • Konsep Negara

  • Demografi Penduduk

  • Sistem Pemerintahan Negara

  • Sistem Kerajaan Berparlimen

  • Malaysia, Serantau dan Kebangsaan

  • Semangat Patriotisme, Kedaulatan dan Maruah

a. Memahami:
  • Konsep negara dan elemen-elemen pentingnya termasuk tanah air, penduduk, pemimpin & kedaulatan.

  • Ciri-ciri demografi penduduk Malaysia dan kepentingannya kepada pembangunan negara.

  • Amalan sistem pemerintahan di Malaysia serta kepentingan demokrasi berparlimen.

b. Menganalisis peranan dan kepentingan perhubungan diplomatik di antara Malaysia dengan negara-negara lain.

c. Membina kesetiaan diri kepada kerajaan dan pemimpin negara.

d. Menganalisis kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dan mengaitkannya dengan maruah negara.

Ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

30
CPENGURUSAN INTEGRITI, AKAUNTABILITI, MORAL DAN
ETIKA
  • Konsep Integriti, Akauntabiliti, Moral dan Etika.

  • Pertimbangan Moral.

  • Kesejahteraan Kendiri dan Sistem Kepercayaan.

  • Nilai, Moral dan Etika dalam Agama.

a. Memahami:
  • Konsep intergriti, akauntabiliti, moral dan etika dan mengaitkannya dengan peranan sebagai penjawat awam.

  • Prinsip Utilitarian dan Kemoralan Sosial serta kaitannya dengan konsep moral dan etika.

  • Tahap-tahap perkembangan moral.

  • Maksud kesejahteraan kendiri dan sistem kepercayaan serta perkaitannya dengan cara seseorang awam bertingkah laku.

b. Menganalisis situasi yang memerlukan pertimbangan moral.

c. Memahami dan menghurai konsep nilai, moral dan etika dalam agama seperti Budha, Hindu, Kristian dan Islam.

Ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

15
DPEMBANGUNAN
DIRI DAN
KUMPULAN
  • Penerokaan Diri

  • Perkaitan ciri-ciri diri(trait) dan keperibadian (personality)

  • Kelebihan dan kekurangan diri.

  • Perbezaan diri dan kelompok.

a. Memahami:
  • Kaedah mengenali diri sendiri.

  • Ciri-ciri dan keperibadian diri.

  • Tahap-tahap dalam hirarki keperluan Maslow

  • Teori tret Gordon Allport

  • Konsep identiti sosial serta perbezaan yang wujud di dalamnya

  • Bahawa setiap individu adalah berbeza dan pentingnya menghormati perbezaan individu dalam kelompok.

b. Membina kemahiran mengeksploitasi kualiti, kelebihan dan kekuatan diri sendiri untuk menjadi seorang penjawat awam yang berkualiti dan efektif.

c. Menganalisis perbezaan dan keunikan setiap individu dan mengaitkannya dengan tingkah laku yang dipamerkan sebagai seorang penjawat awam.

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah/Moral

15
EPENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN
  • Kecergasan Fizikal

  • Pendidikan Disiplin dan Team Building

  • Pendidikan Kesihatan

  • Ketahanan Mental

a. Mengetahui:
  • Tahap kecergasan diri melalui siri ujian kecergasan mudah.

  • Kepentingan penjagaan biologikal diri melalui pengalaman aktiviti yang sistematik.

  • Tahap kesihatan sedia ada dan kaedah untuk menjaga kualiti kesihatan sendiri.

  • Kaedah untuk mengurangkan tekanan diri(stress)

b. Meningkatkan kecergasan fizikal diri dan kestabilan emosi.

c. Memperkukuhkan dan membina semangat setia kawan serta saling membantu tanpa mengira kepentingan diri atau kaum.

d. Membina mental yang positif dan kesediaan menghadapi cabaran.

Ujian kecergasan kebangsaan

Ujian Larian

Ujian ketahanan (endurance test)

Kembara

Pembarisan pagi (kawad, menaikkan bendera, nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa, senaman)

Kembara (solat subuh di luar kem, abseiling, tracking, obstacle crossing)

Ujian kesihatan (darah, tekanan darah, berat, ketinggian)

30
(a) AGIHAN PERATUSAN (%) MENGIKUT TOPIK KURSUS


** SYARAT KELULUSAN KURSUS

Peserta dianggap gagal sekiranya melakukan salah satu perkara-perkara berikut:

  1. Ponteng
  2. Berkhalwat/bermukah
  3. Tidak patuh kepada arahan urus setia.
Last Updated ( Tuesday, 02 February 2010 17:34 )
 

PAUTAN LAIN

           
        

Hakcipta Terpelihara 2005-2010 © Biro Tatanegara

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Kebolehcapaian

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Bilangan Pengunjung Unik :
 
HTML Hit Counters