| |  | | Tajuk Buku : Menakhoda Zaman Terbitan : Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Tahun Terbit: 2009 Ringkasan : Buku ’ Menakhoda Zaman ’ merupakan himpunan ucapan YAB Dato’ Sri Hj. Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Antara ucapan-ucapan yang dimuatkan dalam buku tersebut ialah (1) 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, (2) Menakhoda Zaman, (3) Mengangkasa Tamadun Bangsa , ( 4 ), Menjana Melayu Glokal, (5) Memacu Minda Melayu dan ( 6 ) Legasi Tun Razak. |
|
 | | Tajuk: Antologi Puisi Patriotik 2007 Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan: Antologi Puisi Patriotik yang dibukukan ini adalah hasil daripada program Pesta Puisi Ke-8 pada 26 dan 27 Ogos tahun 2007. Ianya pertama kali diadakan di luar Putrajaya iaitu di Alor Star, Kedah. |
|
 | | Tajuk: Mengurus Kerja dan Waktu Ringkasan: Buku ini memberi panduan bagaimana hendak mengurus tugasan harian seterusnya mengurus masa. Ia dimulakan dengan membincangkan aspek mengenali diri |
|
 | | Tajuk: Ketuanan Politik Melayu (Pandangan Kaum Cina) Ringkasan: Buku ini akan meneliti gerakan dan respons yang dilancarkan oleh Huatuan (gerakan pertubuhan Cina) dari tahun 1969 hingga 1999 dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh hegemoni politik Melayu. |
|
 | | Tajuk: Malaysia : Menangani Perubahan dan Pembangunan Ringkasan: Buku ini merupakan himpunan makalah, ditulis oleh para pensyarah menurut bidang pengkhususan masing-masing. |
|
 | | Tajuk: Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia – Menghadapi Globalisasi Barat Ringkasan: Kalau dulu penguasaan kuasa Barat dilihat menanamkan elemen peradaban mereka melalui penguasaan politik dalam proses penjajahan, kini mereka terus – terusan cuba mendominasinya pula melalui budaya, ekonomi, teknologi dan pendidikan ke seluruh dunia. |
|
 | | Tajuk: SRJK (Cina) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Ringkasan: Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan status SRJK (C) dan SRJK (T) kepada Sekolah Kebangsaan (SK) sekiranya dirasakan perlu dan sesuai. |
|
 | | Tajuk: Patriotisme Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan: Patriotisme merupakan satu sentimen nasional yang menekankan aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Negara adalah milik jiwa setiap warganya yang harus dipertahankan walaupun kosnya ialah nyawa sendiri. |
|
 | | Tajuk: Antologi Puisi Patriotik 2006 Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan: Buku Antologi Puisi Patriotik 2006 ini memaparkan 58 buah puisi yang telah dideklamasikan semasa Pesta Puisi Patriotik Ke-7, di Kelab Tasik, Putrajaya pada 28 dan 29 Ogos 2006. |
|
 | | Tajuk: Antologi Puisi Patriotik Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan: Antologi “Puisi Patriotik” adalah penyuntingan koleksi puisi – puisi yang telah dicipta dan dideklamasikan oleh pemuisi / penyajak terkemuka negara kita pada program Malam Puisi Patriotik 2000, Pesta Puisi Patriotik 2001 dan 2002, anjuran Biro Tatanegara. |
|
 | | Tajuk: Antologi Puisi Patriotik Ringkasan: Antologi “Puisi Patriotik” adalah koleksi puisi – puisi yang telah dicipta dan dideklamasikan oleh pemuisi / penyajak terkemuka negara pada program Pesta Puisi Patriotik 2000 hingga 2004 anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. |
|
 | | Tajuk: API PERJUANGAN WANITA : KOLEKSI UCAPAN DATO’ KHAMSIYAH YEOP Ringkasan: Salah satu usaha Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri untuk menerbitkan idea – idea yang mitos dan bermanfaat tentang pemikiran pemimpin kita. |
|
 | | Tajuk: DATA STATISTIK KENEGARAAN 2002 Ringkasan: Buku ini diterbitkan bertujuan untuk menambahkan khazanah pengetahuan kita terhadap data – data statistik berkaitan dengan pendidikan, ekonomi, politik dan sosial negara kita. |
|
 | | Tajuk: INSTITUSI RAJA : MEMPERKUKUH IDENTITI BANGSA – MEMPERTEGUH PERPADUAN WARGA Ringkasan: “Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu di tanah dan air warisan bangsa." |
|
 | | Tajuk: Mahasiswa Pewaris Negara Ringkasan: Buku Mahasiswa Pewaris Negara merupakan satu usaha Biro Tatanegara mengumpulkan segala bahan penulisan berkaitan mahasiswa di Malaysia. |
|
 | | Tajuk: PESTA PUISI PATRIOTIK KE-6 DAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN Ringkasan: Buku Pesta Puisi Patriotik 2005 ini memuatkan puisi - puisi patriotik pada Pesta Puisi Patriotik 28 – 30 Ogos 2005. |
|
 | | Tajuk: Prestasi Rakyat 2004 Ringkasan: Kemerdekaan negara telah mencecah tahun ke – 48. Sekiranya kita samakan jumlah ini dengan seorang manusia ertinya individu ini telah mencapai tahap kematangan. |
|