| | | Tajuk: Laporan Tahunan Biro Tatanegara JPM 2009 Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan: Buku Laporan Tahunan BTN, JPM tahun 2009 merupakan catatan penting kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri sepanjang tahun 2008. Antara intipati yang disediakan dalam Laporan Tahunan tersebut ialah Info Korporat, Laporan Kursus, Laporan Kewangan, Laporan Tenaga Penggerak, Laporan Cawangan & Negeri, Seminar, Kursus, Laporan KESBI, Laporan PUSPANITA, Pencapaian BTN dan pelbagai Aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2008. Diharapkan Laporan Tahunan tersebut boleh menjadi panduan dan rujukan untuk melihat peranan BTN memupuk semangat patriotisme yang unggul. | | | Tajuk: Laporan Tahunan Biro Tatanegara JPM 2007 Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan: BUKU Laporan Tahunan BTN, JPM tahun 2007 ini merupakan paparan akitiviti seluruh cawangan, negeri, serta kem-kem yang terlibat dalam meneruskan agenda melahirkan bangsa Malaysia yang patriotik, menanamkan semangat jati diri dan sayangkan negara. Laporan Tahunan ini menunjukkan hasil kerja warga BTN dalam mengendalikan pelbagai kursus dan seminar pemupukan Patriotisme kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti, institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat. Harapan BTN ialah semoga seluruh rakyat Malaysia akan mencipta Kegemilangan untuk mencapai Wawasan 2020 dan Misi Nasional. Semoga Laporan Tahunan ini dapat memberikan maklumat terhadap aktiviti dan kejayaan BTN sepanjang tahun 2007
|
| | Tajuk: Laporan Tahunan Biro Tatanegara JPM 2006 Terbitan: Biro Tatanegara Ringkasan:Laporan ini berperanan untuk membantu menilai semula pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006 yang lalu dan dipertingkatkan pada tahun-tahun yang mendatang bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Penerbitan Laporan Tahunan BTN Tahun 2006 yang merupakan catatan prestasi BTN bagi tahun tersebut akan memberi manfaat kepada semua pihak yang berkaitan terutamanya kepada anggota dan tenaga penggerak BTN dalam membuat perancangan, penambahbaikan serta pelaksanaan program dan aktiviti pada masa hadapan. Semoga laporan ini boleh menjadi rujukan dan makluman kepada pihak yang memerlukan dan memberikan impak yang positif. | | | | | | | Tajuk: Laporan Tahunan Biro Tatanegara JPM 1998 Terbitan: Biro Tatanegara |
|