| BAHAGIAN | A |
| TEMA | SEJARAH KEBANGKITAN NEGARA • Kewujudan Negara • Peristiwa Kemerdekaan • Kontrak Sosial • Perlembagaan Negara • Dasar-dasar Negara |
| OBJEKTIF | 1. Memahami: • Asal-usul kewujudan dan kemerdekaan negara. • Konsep kontrak sosial, perlembagaan dan dasar negara. 2. Menganalisis: • Peristiwa-peristiwa berhubung dengan kebangkitan negara • Implikasi kontrak sosial terhadap sosioekonomi, sosiopolitik serta sosiobudaya. • Serta menghurai perlembagaan dan dasar-dasar negara. |
| METODOLOGI | 1. Ceramah 2. Latihan Dalam Kumpulan 3. Tazkirah/Moral |
| PERATUSAN | 10% |
| | |
| BAHAGIAN | B |
| TEMA | KESETIAAN KEPADA RAJA,KERAJAAN DAN NEGARA • Konsep Negara • Demografi Penduduk • Sistem Pemerintahan Negara • Sistem Kerajaan Berparlimen • Malaysia, Serantau dan Kebangsaan • Semangat Patriotisme, Kedaulatan dan Maruah |
| OBJEKTIF | 1. Memahami: • Konsep negara dan elemen-elemen pentingnya termasuk tanah air, penduduk, pemimpin & kedaulatan. • Ciri-ciri demografi penduduk Malaysia dan kepentingannya kepada pembangunan negara. • Amalan sistem pemerintahan di Malaysia serta kepentingan demokrasi berparlimen. 2. Menganalisis peranan dan kepentingan perhubungan diplomatik di antara Malaysia dengan negara-negara lain. 3. Membina kesetiaan diri kepada kerajaan dan pemimpin negara. 4. Menganalisis kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dan mengaitkannya dengan maruah negara. |
| METODOLOGI | 1. Ceramah 2. Latihan Dalam Kumpulan 3. Tazkirah/Moral |
| PERATUSAN | 30% |
| | |
| BAHAGIAN | C |
| TEMA | PENGURUSAN INTEGRITI, AKAUNTABILITI, MORAL DAN ETIKA • Konsep Integriti, Akauntabiliti, Moral dan Etika. • Pertimbangan Moral. • Kesejahteraan Kendiri dan Sistem Kepercayaan. • Nilai, Moral dan Etika dalam Agama. |
| OBJEKTIF | 1. Memahami: • Konsep intergriti, akauntabiliti, moral dan etika dan mengaitkannya dengan peranan sebagai penjawat awam. • Prinsip Utilitarian dan Kemoralan Sosial juga kaitannya dengan konsep moral dan etika. • Tahap-tahap perkembangan moral. • Maksud kesejahteraan kendiri dan sistem kepercayaan serta perkaitannya dengan cara seseorang awam bertingkah laku. 2. Menganalisis situasi yang memerlukan pertimbangan moral. 3. Memahami dan menghurai konsep nilai, moral dan etika dalam agama seperti Budha Hindu, Kristian dan Islam. |
| METODOLOGI | 1. Ceramah 2. Latihan Dalam Kumpulan 3. Tazkirah/Moral |
PERATUSAN | 15% |
| | |
| BAHAGIAN | D |
| TEMA | PEMBANGUNAN DIRI DAN KUMPULAN • Penerokaan Diri • Perkaitan ciri-ciri diri(trait) dan keperibadian (personaliti) • Kelebihan dan kekurangan diri. • Perbezaan diri dan kelompok. |
| OBJEKTIF | 1. Memahami: • Kaedah mengenali diri sendiri. • Ciri-ciri dan keperibadian diri. • Tahap-tahap dalam hirarki keperluan Maslow • Teori tret Gordon Allport • Konsep identiti sosial serta perbezaan yang wujud di dalamnya • Bahawa setiap individu adalah berbeza dan pentingnya menghormati perbezaan individivu dalam kelompok. 2. Membina kemahiran mengeksploitasi kualiti, kelebihan dan kekuatan diri sendiri untuk menjadi seorang penjawat awam yang berkualiti dan efektif. 3. Menganalisis perbezaan dan keunikan setiap individu dan mengaitkannya dengan tingkah laku yang dipamerkan sebagai seorang penjawat awam. |
| METODOLOGI | 1. Latihan Dalam Kumpulan 2. Tazkirah/Moral |
| PERATUSAN | 15% |
| | |
| BAHAGIAN | E |
| TEMA | PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN • Kecergasan Fizikal • Pendidikan Disiplin dan Team Building • Pendidikan Kesihatan • Ketahanan Mental |
| OBJEKTIF | 1. Mengetahui: • Tahap kecergasan diri melalui siri ujian kecergasan mudah. • Kepentingan penjagaan biologikal diri melalui pengalaman aktiviti yang sistematik. • Tahap kesihatan sedia ada dan kaedah untuk menjaga kualiti kesihatan sendiri. • Kaedah untuk mengurangkan tekanan diri(stress) 2. Meningkatkan kecergasan fizikal diri dan kestabilan emosi. 3. Memperkukuhkan dan membina semangat setia kawan serta saling membantu tanpa mengira kepentingan diri atau kaum. 4. Membina mental yang positif dan kesediaan menghadapi cabaran. |
| METODOLOGI | • Ujian kecergasan kebangsaan • Ujian larian • Ujian ketahanan (endurance test) • Kembara • Pembarisan pagi (kawad,menaikkan bendera,nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa,senaman) • Kembara (solat subuh di luar kem, abseiling, tracking, obstacle crossing) • Ujian kesihatan (darah, tekanan darah, berat, ketinggian) |
| PERATUSAN | 30% |