| Bagi memastikan pengurusan kelab berjalan dengan lancar beberapa biro telah diwujudkan yang di pengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa seperti berikut :- |
| |
| 1. BIRO EKONOMI |
Peranan dan Fungsi Biro Ekonomi |
Tugas utama Biro Ekonomi adalah untuk meningkatkan sumber kewangan Kelab melalui aktiviti yang berfaedah dan dimanfaatkan oleh kepada Kelab. |
Aktiviti-aktiviti Yang Telah Dijalankan |
Pelbagai aktiviti telah diusahakan untuk meningkat kedudukan kewangan atau meningkat penglibatan warga Kelab. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan tidak semestinya mendatangkan keuntungan kepada Kelab. |
|
| 2. BIRO SUKAN |
Peranan dan Fungsi Biro Sukan |
Biro Sukan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program sukan dalaman dan di luar BTN. Jawatankuasa ini juga terlibat secara langsung dalam menganjurkan Bulan Sukan BTN. |
Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan |
| a. Badminton |
Badminton adalah salah satu sukan yang popular di kalangan ahli Kelab dan sering mengadakan latihan dan perlawanan. Biro ini juga aktif menjalankan pertandingan permainanan dalaman (indoor games) seperti permainan karom, dat dan pin pong. |
b. Bola sepak |
Pasukan bola sepak BTN adalah pasukan sukan yang paling aktif. Di samping kerap mengadakan latihan, beberapa siri perlawanan turut diadakan dengan pasukan-pasukan bola sepak di kawasan Putrajaya. |
|
| 3. BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL |
Peranan dan Fungsi Biro Kebajikan Dan Sosial |
Biro Kebajikan berperanan untuk menjaga hal ehwal kebajikan ahli kelab. Selain daripada menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan, jawatankuasa kecil ini juga berperanan mengadakan lawatan dan menyalurkan sumbangan kewangan kepada ahli-ahli yang layak menerima dari masa ke semasa. |
Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan |
Menyalurkan sumbangan Kelab kepada ahli-ahli atas kematian waris terdekat iaitu ibu/bapa, suami/isteri dan anak. Menguruskan sumbangan kepada ahli yang masuk hospital dan dikurniakan cahaya mata yang pertama di BTN. Menguruskan sumbangan wang sagu hati kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan
|
| |
| 4. BIRO HAL EHWAL KEKELUARGAAN |
Peranan dan Fungsi Biro Hal Ehwal Kekeluargaan |
Biro Hal Ehwal Kekeluargaan bertanggungjawab merancang,melaksana dan menguruskan aktiviti-aktiviti kekeluargaan untuk mengeratkan hubungan sesama anggota BTN. |
Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan |
Sambutan Hari Keluarga BTN merupakan aktiviti utama kelab yang melibatkan semua Ahli Jawatankuasa.Sambutan Hari Keluarga ini diadakan setiap tahun dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan, sukaneka dan Majlis Makan Malam. |